Senarai biasiswa untuk lepasan SPM
Selain daripada biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan, terdapat banyak lagi biasiswa-biasiswa lain yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat swasta lain di Malaysia. Di sini akan disenaraikan beberapa biasiswa yang boleh anda semua pohon untuk melanjutkan pelajaran diperingkat pra-u dan universiti. Anda dinasihatkan untuk membaca syarat-syarat yang dikemukakan dengan teliti untuk mengelakkan permohonan ditolak.
Bank Negara Malaysia Scholarship Programme 2015 / 2016
Pra-U (Biasiswa Kijang Emas dan Biasiswa Kijang)
Tarikh tutup permohonan adalah 7 hari selepas tarikh keputusan SPM 2014 diumumkan.
Biasiswa Kijang Emas
Biasiswa Kijang Emas akan diberi kepada pelajar terbaik SPM 2014.
Penerima Kijang emas diberi kebebasan untuk memilih bidang pengajian di mana-mana universiti terbaik di mana-mana negara pilihan anda.
Syarat kelayakan Biasiswa Kijang Emas termasuk:
- Semua A+ dalam peperiksaan SPM 2014
- Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2015
- Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, kemahiran bekerjasama dalam kumpulan, cemerlang dalam aktiviti kurikulum dan sukan
- Kemahiran komunikasi yang tinggi
Tawaran biasiswa ke peringkat Ijazah pertama (kepujian) bergantung kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Bank.
Biasiswa Kijang
Biasiswa Kijang akan diberi kepada individu yang layak untuk meneruskan pengajian pra-u dan seterusnya dalam iajazah pertama di dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Akturial, Matematik, Undang-undang dan Sains Komputer di universiti pilihan di dalam dan luar negara.
Sponsorship to pursue Bachelor Degree (Honours) will be extended subject to meeting the Bank’s approved criteria.
Syarat-syarat kelayakan:
- Memperolehi sekurang-kurangnya 8A (A dan A+ sahaja) di dalam SPM 2014
- Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2015
- Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, kemahiran bekerjasama dalam kumpulan, cemerlang dalam aktiviti kurikulum dan sukan
Klik https://careers.bnm.gov.my/ untuk memohon.
Petronas
Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Mac 2015.
PETRONAS mempelawa permohonan daripada calon-calon yang cemerlang untuk mengikuti program ijazah dalam pelbagai bidang teknikal dan bukan teknikal di Universiti Teknologi PETRONAS atau Universiti Luar Negara / kampus cawangan di Malaysia.
Tajaan dibuka untuk program sarjana muda di Universiti Teknologi PETRONAS dan universiti-universiti luar negara. Calon-calon yang layak akan disenarai pendek dan ditemuduga sebelum pemilihan akhir.
Biasiswa untuk UTP
Calon yang berjaya dikehendaki melengkapkan 1 tahun Program ‘Foundation’ sebelum mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda.
Biasiswa untuk universiti luar negara
Calon-calon yang berjaya dikehendaki mengikuti program Pra-U sehingga 24 bulan sebelum mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda.
Bidang pengajian yang ditaja:
- Accounting/ Commerce/ Finance
- Actuarial Science
- Chemical Engineering
- Civil Engineering
- Economics
- Electrical & Electronic Engineering
- Geophysics/ Geology
- Law
- Mechanical Engineering
- Petroleum Engineering
- Petroleum Geoscience
Klik https://educationsponsorship.petronas.com.my/Applicant/Applicant/Login untuk memohon.
Yayasan Sime Darby
A. Yayasan Sime Darby Pre-University Scholarship Programme (China)
Permohonan akan ditutup pada 2 April 2015.
Yayasan Sime Darby menjemput lepasan SPM 2014 yang layak untuk memohon tajaan pendidikan bagi melanjutkan pengajian asas di Beijing Language and Culture University (BLCU).
Syarat-syarat kelayakan:
- Rakyat Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke bawah;
- Memperolehi sekurang-kurangnya 7A (A dan A+ sahaja) dalam SPM 2014;
- Jumlah pendapatan seisi rumah RM10,000 dan ke bawah;
- Aktif dalam kurikulum, sukan dan aktiviti komuniti;
- Mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi dan memegang jawatan di sekolah;
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik;
- Minat untuk meneruskan pengajian asas dan ijazah pertama di universiti terpilih di China.
Senarai universiti yang diterima oleh YSD:
Pengajian Asas
BCLU
Pengajian Ijazah Pertama
- Peking University
- Tsinghua University
- Zhejiang University
- Fudan University
- Nanjing University
- Shanghai Jiaotong University
- Wuhan University
- Renmin University of China
- Huazhong University of Science and Technology
- Sun Yat-sen University
- XinJiang University
Klik sini untuk memohon.
B. Yayasan Sime Darby Pre-University Scholarship Programme (Local)
Permohonan akan ditutup pada 2 April 2015.
Yayasan Sime Darby menjemput lepasan SPM 2014 yang layak untuk memohon tajaan pendidikan bagi program foundation di institusi tempatan sebelum melanjutkan pengajian di universiti-universiti di United Kingdom.
Syarat-syarat kelayakan:
- Rakyat Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke bawah;
- Memperolehi sekurang-kurangnya 7A (A dan A+ sahaja) dalam SPM 2014;
- Jumlah pendapatan seisi rumah RM10,000 dan ke bawah;
- Aktif dalam kurikulum, sukan dan aktiviti komuniti;
- Mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi dan memegang jawatan di sekolah;
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
Bidang pengajian
- Accounting
- Finance
- Economics
- Business Administration
- Financial Engineering
- International Business
- Marketing
- Mechanical Engineering
- Civil Engineering
- Environmental Engineering
- Information Technology
- Business Information System
- Agriculture
- Plantation Technology
- Environmental Science
Klik sini untuk memohon.
UEM
Biasiswa pengajian di universiti luar negara
Akan mengikuti program pra-u di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin sebelum meneruskan pengajian ijazah pertama di universiti terpilih luar negara terutamanya di US, UK dan Australia.
Syarat kelayakan
- Pemohon mestilah rakyat Malaysia. Mahir dalam Bahasa Inggeris, kuat bekerja dan memilik sikap positif. Jika anda mempunyai rekod ko-kurikulum yang cemerlang, ia dapat memberi kelebihan dalam permohonan anda.
- Mempunyai rekod akademik yang cemerlang semasa Tingkatan 4 dan 5
- Memperolehi sekurang-kurangnya 7A (A dan A+ sahaja) dalam subjek berkaitan di dalam SPM 2014
Bidang pengajian
- Business (Finance/Business Management/Accounting/Economics/Marketing)
- Built Environment (Quantity Surveying/Town Planning/Land Surveying/Building Services/Building Management)
- Engineering (Civil/Mechanical/Electrical)
Klik http://osms.uemnet.com/Login.aspx untuk memohon.
No comments:
Post a Comment