Wednesday 29 July 2015

WARKAH TERAKHIR ROSLI DHOBI 

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam. 

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.

Monday 27 July 2015



Sumber: Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 KPM Online | melvister.com 
Permohonan Melalui Internet

a.     Pelajar boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) 5 digit di mana-mana kaunter BSN dengan bayaran RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam Sahaja) termasuk komisyen dengan menggunakan No. Kad Pengenalan yang didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

b.     Sebelum meninggalkan kaunter sila pastikan menerima resit bayaran yang tercetak :

i.    bayaran telah dibuat atas nama ”Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun   1410 0290 0021 1897

ii.      No Kad Pengenalan yang sama seperti yang didaftarkan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

iii.     No. Pin 5 digit

c.      Pelajar juga boleh membuat bayaran PMI di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.

d.     Nombor PIN digunakan untuk mengemukakan permohonan matrikulasi dan juga untuk membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. Pindaan atau pembetulan permohonan boleh dibuat sebelum tarikh tutup sebanyak tiga (3) kali sahaja. Nombor PIN ini hendaklah dirahsiakan.

e.      Pelajar dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan dan diikuti dengan nombor PIN untuk membuat permohonan.

f.      Pelajar yang terlupa atau hilang nombor PINnya boleh mendapatkan nombor PIN tersebut dengan membayar RM6.00 (Ringgit Malaysia Enam Sahaja) di mana-mana kaunter BSN.

g.     Permohonan matrikulasi boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysiahttp://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm mulai 01 Julai hingga 10 Oktober 2013.

h.      Baca dan fahami Panduan Permohonan Melalui Internet (PMI) yang terdapat dalam laman web tersebut.

i.       Setelah selesai mengisi maklumat dalam PMI, sila klik butang ’HANTAR’ dan mencetak halaman yang mempunyai no. rujukan 6 digit ini sebagai bukti penghantaran permohonan.

j.       Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2013.



a.      Pelajar boleh membuat semakan untuk mengemas kini alamat pada awal Februari 2014.

b.     Untuk semakan keputusan permohonan pelajar boleh melayari laman webhttp://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm pada bulan April 2014 dengan menggunakan no. Kad Pengenalan yang didaftarkan dengan LPM. 

SENARAI BIASISWA DAN PINJAMAN BAGI LEPASAN MATRIKULASI / STPM / SETARAF

Ramai yang akan menjadi mahasiswa di IPTA pada bulan September tahun ini. Ada yang gembira kerana mendapat IPTA yang diidamkan tetapi ada juga yang kecewa kerana tidak mampu membiayai yuran pengajian di IPTA/IPTS. Di sini ada caranya untuk membantu anda semua yang memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pelajaran anda di peringkat yang lebih tinggi. Bagi sesiapa yang berminat untuk mencari biasiswa atau pinjaman, anda boleh rujuk pada senarai yang telah dinyatakan di bawah ini.
1) PTPTN
2) Biasiswa Tunku Abdul Rahman
3) Felda Johore Bulker Sdn Bhd
4) Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )
5) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
6) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
7) Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
8 ) Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan
9) Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak @ Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak
10) Majlis Agama Islam Negeri Johor
11) Pinjaman Kerajaan Negeri Pulau Pinang
12) Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor
13) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM )
14) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
15) Gamuda Berhad
16) Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan
17) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
18) Lembaga Zakat Selangor
19) Bank Rakyat Malaysia Berhad @ Bank Rakyat Malaysia Berhad
20) Majlis Amanah Rakyat
21) Pusat Zakat Sabah
22) Yayasan Negeri Sembilan
23) Skim Biasiswa National Science F
24) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia
25) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )
26) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
27) Sarawak Shell Berhad
28) Sapura Industrial Berhad
29) Terengganu Advanced Technical Institute
31) Yayasan Felcra
32) Yayasan Pahang
33) Yayasan Sabah
34) Yayasan Selangor
35) Yayasan Tenaga Nasional Berhad
36) Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )
37) Yayasan Terengganu
38) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )
39) Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
Sumber : JomBerita
    

Senarai biasiswa untuk lepasan SPM

university of cambridge
Selain daripada biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan, terdapat banyak lagi biasiswa-biasiswa lain yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat swasta lain di Malaysia. Di sini akan disenaraikan beberapa biasiswa yang boleh anda semua pohon untuk melanjutkan pelajaran diperingkat pra-u dan universiti. Anda dinasihatkan untuk membaca syarat-syarat yang dikemukakan dengan teliti untuk mengelakkan permohonan ditolak.

Bank Negara Malaysia Scholarship Programme 2015 / 2016

Pra-U (Biasiswa Kijang Emas dan Biasiswa Kijang)

Tarikh tutup permohonan adalah 7 hari selepas tarikh keputusan SPM 2014 diumumkan.

Biasiswa Kijang Emas

Biasiswa Kijang Emas akan diberi kepada pelajar terbaik SPM 2014.
Penerima Kijang emas diberi kebebasan untuk memilih bidang pengajian di mana-mana universiti terbaik di mana-mana negara pilihan anda.
Syarat kelayakan Biasiswa Kijang Emas termasuk:
  • Semua A+ dalam peperiksaan SPM 2014
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2015
  • Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, kemahiran bekerjasama dalam kumpulan, cemerlang dalam aktiviti kurikulum dan sukan
  • Kemahiran komunikasi yang tinggi
Tawaran biasiswa ke peringkat Ijazah pertama (kepujian) bergantung kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Bank.

Biasiswa Kijang

Biasiswa Kijang akan  diberi kepada individu yang layak untuk meneruskan pengajian pra-u dan seterusnya dalam iajazah pertama di dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Akturial, Matematik, Undang-undang dan Sains Komputer di universiti pilihan di dalam dan luar negara.
Sponsorship to pursue Bachelor Degree (Honours) will be extended subject to meeting the Bank’s approved criteria.
Syarat-syarat kelayakan:
  • Memperolehi sekurang-kurangnya 8A (A dan A+ sahaja) di dalam SPM 2014
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2015
  • Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, kemahiran bekerjasama dalam kumpulan, cemerlang dalam aktiviti kurikulum dan sukan
Klik https://careers.bnm.gov.my/ untuk memohon.

Petronas

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Mac 2015.
PETRONAS mempelawa permohonan daripada calon-calon yang cemerlang untuk mengikuti program ijazah dalam pelbagai bidang teknikal dan bukan teknikal di Universiti Teknologi PETRONAS atau Universiti Luar Negara / kampus cawangan di Malaysia.
Tajaan dibuka untuk program sarjana muda di Universiti Teknologi PETRONAS dan universiti-universiti luar negara. Calon-calon yang layak akan disenarai pendek dan ditemuduga sebelum pemilihan akhir.

Biasiswa untuk UTP

Calon yang berjaya dikehendaki melengkapkan 1 tahun Program ‘Foundation’ sebelum mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda.

Biasiswa untuk universiti luar negara

Calon-calon yang berjaya dikehendaki mengikuti program Pra-U sehingga 24 bulan sebelum mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda.

Bidang pengajian yang ditaja:

  • Accounting/ Commerce/ Finance
  • Actuarial Science
  • Chemical Engineering
  • Civil Engineering
  • Economics
  • Electrical & Electronic Engineering
  • Geophysics/ Geology
  • Law
  • Mechanical Engineering
  • Petroleum Engineering
  • Petroleum Geoscience
biasiswa petronas

Yayasan Sime Darby

A. Yayasan Sime Darby Pre-University Scholarship Programme (China)

Permohonan akan ditutup pada 2 April 2015.
Yayasan Sime Darby menjemput lepasan SPM 2014 yang layak untuk memohon tajaan pendidikan bagi melanjutkan pengajian asas di Beijing Language and Culture University (BLCU).

Syarat-syarat kelayakan:

  • Rakyat Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke bawah;
  • Memperolehi sekurang-kurangnya 7A (A dan A+ sahaja) dalam SPM 2014;
  • Jumlah pendapatan seisi rumah RM10,000 dan ke bawah;
  • Aktif dalam kurikulum, sukan dan aktiviti komuniti;
  • Mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi dan memegang jawatan di sekolah;
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik;
  • Minat untuk meneruskan pengajian asas dan ijazah pertama di universiti terpilih di China.

Senarai universiti yang diterima oleh YSD:

Pengajian Asas
BCLU
Pengajian Ijazah Pertama
  • Peking University
  • Tsinghua University
  • Zhejiang University
  • Fudan University
  • Nanjing University
  • Shanghai Jiaotong University
  • Wuhan University
  • Renmin University of China
  • Huazhong University of Science and Technology
  • Sun Yat-sen University
  • XinJiang University
Klik sini untuk memohon.

B. Yayasan Sime Darby Pre-University Scholarship Programme (Local)

Permohonan akan ditutup pada 2 April 2015.
Yayasan Sime Darby menjemput lepasan SPM 2014 yang layak untuk memohon tajaan pendidikan bagi program foundation di institusi tempatan sebelum melanjutkan pengajian di universiti-universiti di United Kingdom.

Syarat-syarat kelayakan:

  • Rakyat Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke bawah;
  • Memperolehi sekurang-kurangnya 7A (A dan A+ sahaja) dalam SPM 2014;
  • Jumlah pendapatan seisi rumah RM10,000 dan ke bawah;
  • Aktif dalam kurikulum, sukan dan aktiviti komuniti;
  • Mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi dan memegang jawatan di sekolah;
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.

Bidang pengajian

  1. Accounting
  2. Finance
  3. Economics
  4. Business Administration
  5. Financial Engineering
  6. International Business
  7. Marketing
  8. Mechanical Engineering
  9. Civil Engineering
  10. Environmental Engineering
  11. Information Technology
  12. Business Information System
  13. Agriculture
  14. Plantation Technology
  15. Environmental Science
Klik sini untuk memohon.

UEM

Biasiswa pengajian di universiti luar negara

Akan mengikuti program pra-u di Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin sebelum meneruskan pengajian ijazah pertama di universiti terpilih luar negara terutamanya di US, UK dan Australia.

Syarat kelayakan

  • Pemohon mestilah rakyat Malaysia. Mahir dalam Bahasa Inggeris, kuat bekerja dan memilik sikap positif. Jika anda mempunyai rekod ko-kurikulum yang cemerlang, ia dapat memberi kelebihan dalam permohonan anda.
  • Mempunyai rekod akademik yang cemerlang semasa Tingkatan 4 dan 5
  • Memperolehi sekurang-kurangnya 7A (A dan A+ sahaja) dalam subjek berkaitan di dalam SPM 2014

Bidang pengajian

  • Business (Finance/Business Management/Accounting/Economics/Marketing)
  • Built Environment (Quantity Surveying/Town Planning/Land Surveying/Building Services/Building Management)
  • Engineering (Civil/Mechanical/Electrical)
Klik http://osms.uemnet.com/Login.aspx untuk memohon.

halllllloooo guyyyss AND OF COS GIRLSSSS...here iam...as this is the first time i am writing my blog..i want to introduce myself,,,nama diberi maisarah binti mahizani..zainab 1 student..from KB KELATE,,..you know budu right?/??i am in my form five..and the most important thing is I AM THE SCHOOL LEAVER 2015